Sekolah Rendah di Malaysia Pendidikan_rendah

Di Malaysia, pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, Matematik dan Sains.

Lihat juga: Pendidikan Rendah Malaysia